SLIM RIVER: Seramai 13 orang, termasuk seorang warga Indonesia, cedera dalam nahas jalan raya membabitkan lima kenderaan di Kilometer 357 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, lewat tengah malam tadi.
Kemalangan turut menyebabkan dua daripada lima kenderaan terbabit terbalik, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan parah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 malam pada Jumaat.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan 13 mangsa.
"Dua daripada lima kenderaan itu terbalik dan kesemua mangsa mengalami cedera ringan serta tidak tersepit.
"Mangsa keluar sendiri dari kenderaan dan ada di antaranya dibantu orang awam yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
"Proton Perdana dinaiki tiga lelaki dan seorang perempuan, Perodua Bezza melibatkan seorang lelaki. Proton Wira pula dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.
"Audi pula dinaiki seorang lelaki dan Honda HRV melibatkan dua lelaki dan tiga wanita," tambahnya.
Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba memberi rawatan awal kecemasan kepada mangsa yang menaiki Proton Wira sebelum dia dibawa ke Hospital Slim River bagi rawatan susulan.
Mangsa lain turut dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tindakan sama.
Operasi yang diketuai PBK II Yussli Abdul Latiff itu tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.
Aida Aziz
Fri Apr 22 2022
Menurut jurucakap bomba, dua daripada lima kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Km357 PLUS malam tadi terbalik, tetapi mangsa hanya mengalami cedera ringan. - Foto ihsan JBPM Perak
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.