awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri

Bernama
Bernama
15/04/2024
13:56 MYT
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
KUANTAN: Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori di KM 37 Lingkaran Tengah Utama menghala Lipis, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kejadian kira-kira 6.45 pagi itu menyebabkan Sharifah Abu Bakar, 69, yang juga penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata kereta terbabit dipandu anak lelaki Sharifah dan turut dinaiki menantu serta tiga cucunya.
Keluarga berkenaan, katanya sedang dalam perjalanan balik dari Kampung Labok, Machang, Kelantan ke Puncak Alam, Selangor.
"Siasatan awal mendapati kereta itu hilang kawalan dan melanggar belakang lori muatan kayu getah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kilang kayu di Padang Tengku, Lipis.
"Pemandu kereta, isteri dan tiga anaknya telah dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kemalangan
#lipis
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan