awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2023
07:55 MYT
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof menyerahkan sijil kepada peserta program Pekebun Kecil dan Pembekal Minyak Sawit di Miri. - Foto:Kementerian Perladangan dan Komoditi
MIRI: 1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan Skim Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 661,844.12 hektar merupakan milik pekebun kecil persendirian, iaitu mewakili 81.10 peratus daripada keseluruhan kategori itu.
“Bagi kategori pekebun kecil tersusun di bawah Rancangan FELDA, FELCRA, RISDA, Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) dan Sarawak Land Development Board (SLDB) pula, jumlahnya adalah seluas 665,535.51 hektar atau 99.65 daripada keseluruhan tanah peserta.
MSPO kata Menteri Perladangan dan Komoditi itu lagi, telah diperkenalkan sejak 2013, dengan tiga prinsip utama iaitu keseimbangan di antara keperluan manusia, kelestarian alam sekitar dan juga penjanaan keuntungan.
Ia telah diwajibkan ke atas semua pemain industri sejak tahun 2020 bagi memastikan kelestarian industri minyak sawit negara serta mengekang pandangan serta persepsi negatif segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Pelaksanaan MSPO amat penting kerana pada 2022, Malaysia telah diiktiraf sebagai pengeksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit kedua terbesar di dunia dengan jumlah eksport sebanyak 26.52 juta tan,” katanya ketika merasmikan Penutupan Sesi Konsultasi FGV bersama 1,000 Pekebun Kecil dan Pembekal di Kawasan Miri pada Sabtu.
Untuk rekod, industri minyak sawit telah menyediakan lebih sejuta peluang pekerjaan untuk penduduk di Malaysia.
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#Fadillah Yusof
#FGV
#Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan