Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Jerebu: Sekolah di Kuala Lumpur buka esok, ibu bapa boleh pilih anak tidak hadir

JPWPKL menggalakkan murid dan warga sekolah memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara. - Foto Bernama
JPWPKL menggalakkan murid dan warga sekolah memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok walaupun jerebu berterusan.
  • Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan dan ibu bapa boleh tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka.
  • JPWPKL menggalakkan pemakaian pelitup muka dan menegaskan keselamatan serta kesihatan murid kekal menjadi keutamaan.

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok, meskipun keadaan jerebu masih berterusan.

Bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan murid dan warga sekolah.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing akibat jerebu diberi kelonggaran untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.

“Walau bagaimanapun, pihak ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak sekolah,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPWPKL turut menggalakkan murid dan warga sekolah memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara.

Semua pihak juga diingatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa jerebu dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan langkah penjagaan kesihatan.

JPWPKL menegaskan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidikan kekal menjadi keutamaan dalam memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat.


 

Must Watch Video

Advertisement