KOTA BHARU: Tiga belas pengemis termasuk lima warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), pada Sabtu.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri, Mohamad Md Nor berkata kesemua mereka yang berusia antara 11 hingga 75 tahun itu ditahan ketika operasi dijalankan di kawasan sekitar hadapan bank, Dataran Muhammmadi, Pasar Siti Khadijah dan Taman Hijau, di sini, mulai sejak 8.30 pagi hingga 1.30 petang.
Katanya, operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan mengemis di bulan Ramadan yang dilihat menjadi aktiviti "tahunan" kepada kumpulan ini dan lebih menghairankan sesetengah daripada mereka yang ditahan ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.
"Rata-rata mereka ini berasal dari jajahan seperti Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas yang datang ke Kota Bharu dengan menggunakan teksi.
Malah bagi golongan warga emas yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) pula, kebiasaannya mereka akan datang pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di JKM Negeri, di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi, manakala bagi warga asing dari Thailand, Kemboja dan Myanmar yang ditahan pula mereka dikenakan tindakan menerusi Akta Imigresen sebaik diserahkan kepada jabatan berkenaan.
"Sekiranya mereka (warga tempatan) melanggar Surat Aku Janji tersebut mereka akan dihantar ke Rumah Seri Kenangan (rumah orang tua) dekat Taman Kemumin di Pengkalan Chepa untuk tempoh selama 14 hari.
Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan mengemis terutamanya pada bulan Ramadan," katanya yang menambah pihaknya belum dapat mengesan sama ada kesemua pengemis yang ditahan itu merupakan mangsa kepada sindiket atau sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Tiga belas pengemis termasuk lima warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.
Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.
Keputusan pinda atau wujud akta baharu pengemis diketahui tahun depan - JKM
Kajian semakan Akta Orang-Orang Papa 1977 akan dimulakan pada Julai dan dijangka siap September tahun depan.
Lompang undang-undang punca KL 'syurga' pengemis
Laporan bahagian pertama ini mengupas punca masalah pengemis yang bertambah membarah, terutama di Lembah Klang.