awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy

Bernama
Bernama
16/03/2024
10:30 MYT
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Nancy berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah rakyat Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah rakyat Malaysia.
Beliau berkata pihak terbabit termasuk sindiket pengemis yang melibatkan warga asing.
"Orang Malaysia ini sangat murah hati dan selalu bersedekah, jadi sebab itu ramai yang ambil peluang daripada sifat baik ini. Sindiket ini bukan perkara yang baharu dan kita akan teruskan penguatkuasaan," katanya selepas menghadiri Program Rangkaian Kasih Sempena Bulan Ramadan Parlimen Santubong di sini hari ini.
Nancy juga berkata penguatkuasaan membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Bandaraya, pihak polis dan Jabatan Imigresen perlu dipertingkat bagi memastikan wang sedekah tidak dieksploitasi.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#bersedekah
#Ramadan
#sindiket
#warga asing
#pengemis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan