awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,338 mangsa terlibat kebakaran di Tawau

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2022
03:33 MYT
1,338 mangsa terlibat kebakaran di Tawau
Antara mangsa terjejas akibat kebakaran ditempat transit sementara di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Hidayat Batu 4, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kebakaran melibatkan kira-kira 700 buah rumah di perkampungan atas air di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, pada Khamis.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagaimanapun proses pendaftaran mangsa yang terjejas sedang dilakukan.
Kata agensi itu, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menyediakan transit sementara untuk mangsa ketika ini iaitu di Rumah Adat Kampung Kurnia Jaya serta dewan dan masjid di Kampung Hidayat Batu 4, di sini.
Sementara itu, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penguasa Kanan Bomba II, Sukur Hatta berkata, sehingga pagi ini dianggarkan 700 rumah musnah terbakar dalam kejadian itu.
BACA: Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
"Pasukan bomba masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian dialami oleh mangsa," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#mangsa
#perkampungan atas air
#Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan