awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2021
10:25 MYT
139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ri Ngadiman berkata kes positif yang dikenal pasti terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 139 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Persiaran Tasik yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, setakat jam 3 petang tadi.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ri Ngadiman berkata kes positif yang dikenal pasti terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.
"Kes-kes positif akan dirujuk ke PKRC MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.
"Kesemua 139 kes yang positif COVID-19 berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas berkenaan kes indeks kluster tersebut, Dr Sha'ri berkata ia melibatkan seorang guru yang bergejala pada 22 November dan disahkan positif COVID-19 pada 24 November.
Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Kejadian Kluster COVID-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sepang, Selangor Darul Ehsan pic.twitter.com/UIhxOQqWWB
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) December 2, 2021
"Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru, lalu Kluster COVID-19 diumumkan pada 29 November 2021 sebagai Kluster Persiaran Tasik.
"Kesemua enam pelajar kini telah dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS, Serdang manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah," katanya.
Tambah beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan pada 1 Disember 2021 ke atas 240 pelajar dan seramai 65 kes baharu positif COVID-19 dikesan.
Katanya, proses saringan diteruskan pada 2 Disember 2021 ke atas 523 individu yang terdiri daripada 432 pelajar, 53 guru dan 38 petugas.
Daripada saringan tersebut, 65 kes baharu positif COVID-19 (43 pelajar, 13 guru dan 9 petugas) dikesan.
"Jumlah keseluruhan individu yang disaring sehingga jam 3 petang, 2 Disember 2021 adalah seramai 946 orang (849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas)," katanya.
Justeru, katanya PKD Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini dan sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik ini akan dikemaskini untuk makluman umum dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#positif COVID-19
#Kluster Persiaran Tasik
#Sekolah Seri Puteri
#Sha'ri Ngadiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan