ALOR SETAR: Polis Kedah menahan 14 individu dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mulai 1 Januari 2023.
Menerusi perkongsian di Facebook Polis Kedah, beberapa siri serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di seluruh Kontinjen Kedah.
Menurutnya, serbuan dan tangkapan itu dilakukan dengan menyasarkan premis dan individu yang giat menjalankan kegiatan judi dalam talian dan judi loteri awam tanpa lesen.
"Dalam serbuan yang telah dijalankan di beberapa premis, seramai 14 individu terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita telah ditangkap kerana disyaki telah menjalankan aktiviti judi atas talian dan penjualan loteri awam tanpa lesen.
"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953," katanya.
Perkongsian Facebook Polis Kedah turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berterima kasih atas usaha dilakukan Polis Kedah tersebut.
Muhammad Sanusi meminta orang awam yang memiliki maklumat tentang aktiviti perjudian di negeri ini untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kedah diarah untuk memantau dan memastikan semua premis perjudian dan loteri di negeri ini mematuhi arahan penutupan sepenuhnya bermula 1 Januari 2023.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua lesen premis tersebut tidak lagi diperbaharui dan tamat tempoh pada 31 Disember 2022. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023

Beberapa siri serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di seluruh Kontinjen Kedah. - Gambar hiasan

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

Tiada pemohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis
Kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail.

Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.

14 premis jual loteri haram dipotong bekalan elektrik
Daripada keseluruhan 14 premis, sembilan adalah di Ayer Tawar, empat di Sitiawan dan satu di Lumut.

Premis perniagaan warga asing diserbu, seorang ditahan
Turut ditemui, aktiviti penjualan nombor perjudian dalam talian yang dijalankan dalam kedai runcit.

Gempa bumi Turkiye: 'Ibu dan ayah ada di syurga'
Judi dan Shima kini menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban selepas rumah kediaman mereka di Antakya runtuh.

6,381 laman sesawang judi dalam talian disekat - MCMC
MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Op Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Judi Piala Dunia: Tiga lelaki didenda RM7,300
Tiga lelaki termasuk seorang nelayan didenda RM7,300 di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, kerana menjalankan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2022.

14 ditahan jalankan kegiatan judi di Kedah
Polis Kedah menahan 14 individu dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mulai 1 Januari 2023.

Premis judi: 'Kalau dapat RM400 juta sekalipun, saya akan tutup juga' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan kekal dengan pendirian untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di seluruh negeri itu.