Sebanyak 14 individu terdiri daripada pemilik tunggal syarikat, pengarah syarikat dan rakan kongsi dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 646 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram kira-kira RM1.4 bilion sejak 2012.
Mereka mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Ter Leong Jenn, 40, menghadapi 285 pertuduhan, Arus Md Salleh, 28, (135 pertuduhan), Ahmad Shah Mhd Shafie,36, (126 pertuduhan), Wong Shu Haw, 39; (68 pertuduhan), Muhammad Azuwan Ismail, 22, (enam pertuduhan) dan Noor Suhaily Harun, 27, (lima pertuduhan).
Naina Mohammad Abd Kadar, 41, dan Mohd Ali Jinnah,54, masing-masing menghadapi empat pertuduhan, Jihad Dudden Shaikh Ali Khan, 26; Sutanto Sanarja,49, dan Tajuddeen Abdul Rahim, 69, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan, Muhammad Faizul Mohd Haniffa, 23, menghadapi dua pertuduhan manakala Luwi Poh Li, 38; dan Tay Kim Kee, 58, masing-masing satu pertuduhan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 2012 dan 2016 di sekitar Johor Bahru dengan cara melupus, memiliki, menerima dan memindahkan wang haram bagi pihak seseorang pengirim asal kepada penerima di dalam atau luar negara.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 93 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA) (Akta 613) dan Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Mahkamah menetapkan ikat jamin antara RM3 juta dan RM20,000 serta memerintahkan semua tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan 7 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin manakala kesemua tertuduh diwakili barisan peguam Mahendran Mahason, Rosli Kamaruddin, Shaikh Saleem SM Daud dan Pang Kong Seng. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
Antara 14 individu terdiri daripada pemilik tunggal syarikat, pengarah syarikat dan rakan kongsi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 646 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram kira-kira RM1.4 bilion sejak 2012. - Foto Bernama
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Peniaga diarah bela diri atas pertuduhan cederakan bekas isteri sehingga parah
Seorang peniaga diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya.
Sarjan didakwa peroleh suapan RM20,000
S.Usha Nanthiny didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.
Pekebun mengaku tidak bersalah tetak abang kandung
Tertuduh, Azmi M Taib, 53, membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.
Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.
Kes Tamrin didengar di Mahkamah Sesyen Johor Bahru 21 Mac ini
Ini setelah Mohd Tamrin gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bekas penjawat awam didakwa guna dokumen palsu
Seorang bekas kakitangan awam Kerajaan Negeri Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Selasa atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen.
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah dua pertuduhan pengubahan wang haram
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Kumpur.
Pukul isteri hingga koma, peniaga mengaku tidak bersalah
Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mabel Sheela Victor Mutiah.