awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 peratus bangunan dalam negara tiada sijil perakuan bomba

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2021
22:15 MYT
14 peratus bangunan dalam negara tiada sijil perakuan bomba
Wahid (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Melaka di Kota Laksamana pada Isnin. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 86 peratus daripada 8,500 premis di seluruh negara termasuk bangunan kerajaan telah mendapat sijil perakuan bomba (FC) sehingga November ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, selain hotel, premis industri, hospital, pusat membeli-belah dan juga tempat penyimpanan barang di seluruh negara akan diperiksa bagi memastikan premis terbabit mematuhi peraturan keselamatan kebakaran.
Menurutnya, operasi pemeriksaan premis bangunan yang dilakukan bukan bertujuan untuk menghukum sebaliknya memastikan bangunan berkenaan berada dalam keadaan selamat.
"Bangunan-bangunan ini perlu diperiksa setiap tahun, perlu diuji dan dipastikan ia berada dalam keadaan selamat, setelah ujian itu dibuat baharu akan mendapat perakuan bomba.
"Ia penting kerana kita mahu pastikan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, ia boleh dicegah, dikawal di peringkat awal dan juga tidak akan mengalami kerosakan serta kemudaratan yang tinggi kepada penghuni," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Melaka di Kota Laksamana pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, di Melaka pula hampir 80 peratus daripada 400 bangunan telah mendapat sijil tersebut dan bakinya masih dalam proses.
Bagaimanapun beliau berkata, ada dalam kalangan pemilik bangunan telah diberikan notis untuk pemeriksaan namun mereka memberi maklum balas untuk menangguhkan berikutan mahu menyelenggara dan membaiki bangunan tersebut untuk memenuhi perkara yang perlu dipatuhi untuk perakuan FC itu lebih-lebih lagi selepas tamat perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.
"Justeru kita menasihatkan mereka yang masih lagi belum mendapat sijil perakuan bomba ini tampil ke hadapan, datang berbincang untuk memohon semula agar tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 341," jelasnya.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan skim takaful dan sumbangan berjumlah hampir RM194,000 kepada Noraida Che Nor iaitu balu Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir membabitkan Skim Takaful Berkelompok, Koperasi Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad, Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia dan Ibu Pejabat JBPM.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#Mohammad Hamdan Wahid
#tiada sijil perakuan bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan