awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan

Bernama
Bernama
07/01/2023
09:01 MYT
142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Bakteria Wolbachia boleh menghalang pembiakan virus denggi kerana ia terdapat secara semula jadi pada pelbagai serangga namun tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti. - Gambar hiasan
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk Aedes mengandungi bakteria Wolbachia di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi di lokaliti terlibat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata inisiatif itu bertujuan menggantikan populasi nyamuk Aedes sedia ada dengan nyamuk 'Aedes berWolbachia'.
Beliau berkata pelepasan melibatkan 58,800 telur di Taman Impianku dan 83,200 lagi di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPPRS) Pinggiran.
"Setakat semalam (6 Jan) kadar penetasan nyamuk 'Aedes berWolbachia' di kedua-dua lokaliti ini adalah sangat baik iaitu melebihi 90 peratus," katanya dan menambah tempoh pelaksanaan projek pelepasan 'Aedes berWolbachia' ialah selama dua tahun lima bulan yang dijangka selesai pada Mac 2025.
Beliau berkata demikian pada sidang media Projek Pelepasan Nyamuk 'Aedes BerWolbachia' Pahang di Taman Impianku, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Mohammad Fakhruddin berkata projek itu telah dimulakan sejak 2019 membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor termasuk Pahang yang bermula pada 6 Okt lepas.
Pelaksanaan projek itu terbukti berjaya menurunkan kes demam denggi antara 40 hingga 80 peratus berdasarkan kajian rintis di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, katanya.
Bakteria Wolbachia boleh menghalang pembiakan virus denggi kerana ia terdapat secara semula jadi pada pelbagai serangga namun tidak terdapat dalam nyamuk Aedes Aegypti.
Oleh itu, bakteria Wolbachia dimasukkan ke dalam nyamuk Aedes Aegypti bagi menghalang pembiakan virus denggi di dalam nyamuk tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nyamuk aedes
#Aedes berWolbachia
#demam denggi
#maksud Aedes berWolbachia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan