awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14.2 juta tenaga kerja Malaysia produktif - Ismail Muttalib

Bernama
Bernama
30/12/2015
23:27 MYT
14.2 juta tenaga kerja Malaysia produktif - Ismail Muttalib
Seramai 14.2 juta tenaga kerja Malaysia adalah produktif dan dapat memenuhi keperluan pekerjaan pelbagai sektor. - Gambar hiasan
Seramai 14.2 juta tenaga kerja Malaysia adalah produktif dan dapat memenuhi keperluan pekerjaan pelbagai sektor sekali gus berpotensi menggantikan buruh asing yang berdaftar di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata daripada bilangan itu seramai 13.78 juta pekerja adalah daripada sektor pertanian, perhutanan, ternakan, perkhidmatan, pembinaan dan lain-lain.
Menurutnya ini bermakna tenaga kerja negara mampu memenuhi keperluan jika majikan mengambil pekerja tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
"Secara nyata, kadar penggangguran di negara ini hanya 3.2 peratus atau kira-kira 400,000 orang dan tidak serius serta agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan peralatan program 1Azam dan Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata berdasarkan laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), mana-mana negara yang melebihi 4 peratus dikategorikan negara yang bermasalah penggangguran, namun Malaysia berjaya mengurangkannya berbanding negara lain.
Ini dilakukan menerusi kursus kemahiran yang bertujuan meningkatkan kebolehan dan kelulusan pekerja tempatan supaya dapat mengambil tempat pekerja asing yang sah terutama dalam sektor perkhidmatan, profesional, juruteknik dan pertanian.
Langkah proaktif itu bertujuan membatasi pengaliran wang antara RM20 bilion dan RM30 bilion setahun ke luar negara, membabitkan 14 negara pembekal tenaga asing bagi negara ini.
Ismail berkata jumlah warga asing berdaftar mengikut sektor yang bekerja di negara ini sehingga 30 Oktober lepas adalah seramai 2.140 juta.
"Daripada jumlah itu, sektor perkilangan adalah paling ramai dengan 750,104 orang, pembinaan (440,339), perladangan (305,404) dan pertanian (194,603).
Topic Berkaitan
#Ismail Abdul Muttalib
#produktiviti
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan