awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

143 pendatang tanpa izin termasuk pelarian Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau

Bernama
Bernama
30/04/2022
12:56 MYT
143 pendatang tanpa izin termasuk pelarian Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua mereka ditahan kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau di antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari. - Gambar fail/BERNAMA
PARIT BUNTAR: Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan lima tahun hingga 40-an itu ditahan kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau di antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.
"Semua warga asing itu termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan lima lelaki Myanmar ditahan selepas bot yang dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir Kalumpang di perairan berkenaan.
"Mereka yang ditahan itu membabitkan 66 lelaki dan 59 wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing sembilan orang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mereka datang dari Myanmar dan berada di perairan itu setelah bot dinaiki tersangkut pada beting pasir.
Katanya semasa pemeriksaan, seramai 87 orang berada di atas bot manakala yang lain bertindak melarikan diri dengan berenang ke daratan sebelum ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#pelarian Rohingya
#Kuala Kurau
#polis perak
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan