awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan

Fareez Azman
Fareez Azman
05/01/2021
07:59 MYT
147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, sebanyak 147 daripada 189 Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, sebanyak 147 daripada 189 Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, UMNO Pusat, jelas beliau, sedang mengumpul kesemua usul yang dibangkitkan untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok.
Menurut beliau, kesemua 189 mesyuarat UMNO Bahagian sudah menyelesaikan mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan.
"Usul-usul peringkat bawah ini masih lagi dihantar kepada kita. Kesemuanya ada 756 mesyuarat," katanya dalam sidang media di sejurus berakhir pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara pada Selasa.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam satu sidang media berasingan menegaskan, UMNO Kelantan turut mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
Kata Ahmad Jazlan, keputusan itu dibuat atas dasar prinsip mempertahankan UMNO daripada dibuli oleh Bersatu.
BACA: Tolak Bersatu: Tunggu Perhimpunan Agung UMNO - Ismail Sabri
BACA: Tindakan Ahmad Jazlan, peringatan buat Bersatu jangan buli UMNO
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#PPBM
#UMNO
#presiden
#Setiausaha Agung BN
#Setiausaha Agung UMNO
#Majlis Kerja Tertinggi
#Perjumpaan Khas
#Ketua UMNO Bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan