awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 individu direman kemuka penyata akaun bank syarikat palsu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/01/2022
02:45 MYT
15 individu direman kemuka penyata akaun bank syarikat palsu
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 68 tahun direman selama tiga hingga lima hari bermula hari ini. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seramai 15 individu termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank milik beberapa syarikat mengandungi butiran palsu pada 2018 dan 2019.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 68 tahun direman selama tiga hingga lima hari bermula hari ini.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata kesemua mereka ditahan secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan.
BACA: 21 ditahan dipercayai kemuka penyata akaun bank syarikat palsu - SPRM
Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan.
Ia bagi untuk melayakkan syarikat mereka memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Topic Berkaitan
#reman
#SPRM
#dokumen palsu
#tender pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan