awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2023
16:48 MYT
15 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh
Seramai 15 lelaki ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan kes merusuh di tepi jalan hadapan Taman Kelau Jaya pada Selasa lalu. - Gambar hiasan
RAUB: Seramai 15 lelaki ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan kes merusuh di tepi jalan hadapan Taman Kelau Jaya di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman memberitahu, kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Sungai Ruan.
Menurutnya, pihak polis telah menerima satu aduan daripada seorang lelaki jam 12.03 tengah hari pada Rabu yang mendakwa telah berlaku satu pergaduhan melibatkan satu kumpulan lelaki di kedai berhampiran taman tersebut kira-kira jam 10.30 malam pada Selasa.
"Siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan tindakan pengadu menegur sekumpulan lelaki itu yang memarahi beberapa budak lelaki di kawasan kejadian.
"Ia menimbulkan pertengkaran mulut dan berakhir dengan pergaduhan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek terlibat.
"Saki-baki mereka yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu masih giat dijalankan pihak polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh," jelas Mohd Shahril.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes merusuh
#ditahan
#Taman Kelau Jaya
#Polis Daerah Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan