awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pencalonan diterima untuk menjadi tapak Geopark Kebangsaan di Malaysia

Bernama
Bernama
28/02/2016
14:50 MYT
15 pencalonan diterima untuk menjadi tapak Geopark Kebangsaan di Malaysia
Kejayaan tapak geopark di Langkawi memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain untuk mencalonkan tapak geopark masing-masing. - Gambar fail
Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah menerima sebanyak 15 pencalonan dari seluruh negara kecuali Melaka dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan bagi mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan, kata ahli pakar jawatankuasa itu, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo di sini hari ini. Katanya pencalonan-pencalonan ini dikemukakan berikutan minat yang semakin meningkat dalam kalangan negeri-negeri berkenaan untuk mewujudkan tapak geopark berikutan kejayaan yang dicapai oleh Langkawi sejak mendapat pengiktirafan Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). "Kita sedang bekerja keras untuk membantu mereka mewujudkan Geopark Kebangsaan (di negeri masing-masing)," katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan program Geokomuniti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli di sini. Geopark merupakan sesuatu kawasan yang memiliki tapak warisan geologi yang boleh digunakan bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari dan Prof Ibrahim berkata pengwujudan Geopark Kebangsaan ini menjadi langkah permulaan sebelum menjadi geopark bertaraf dunia menerusi pengiktirafan UNESCO. "Ini adalah formula yang digunakan di Jepun dan China yang telah mewujudkan geopark kebangsaan dulu, lepas itu barulah dinilai sebelum disyorkan untuk menjadi geopark global," katanya.
Topic Berkaitan
#Ibrahim Komoo
#Lembaga Pembangunan Langkawi
#tapak geopark
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan