Sebanyak 15 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Panji, Lahad Datu, petang tadi.
Menurut Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan Abu Bakar Taraji, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 minit petang melalui panggilan MERS999.
"Kira-kira 20 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dan BBP Kunak kemudian bergerak ke lokasi kejadian menggunakan lima jentera termasuk EMRS.
"Turut sama membantu ialah Pasukan Bomba Sukarela Silam," katanya.
Beliau berkata, Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran, empat pancutan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 4.14 petang dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Menurut Abu Bakar, pasukan bomba kini masih menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar selamat.
Qaisara Umaiyah
Fri Dec 27 2019
Api berjaya dikawal pada pukul 4.14 petang dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - Foto ihsan JBPM
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
15 rumah musnah dalam kebakaran di Lahad Datu
Sebanyak 15 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Panji, Lahad Datu, petang tadi.