Sebanyak 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini hari ini.
Ia menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan itu yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan dapat dilihat beberapa kilometer dari lokasi kebakaran.
Operasi memadamkan api membabitkan 50 pegawai dan anggota bomba yang turut dibantu penduduk dan orang ramai.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Balai Bahagian Operasi Kuala Lumpur Ahmad Adli Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.39 pagi, dan api berjaya dikawal pada 10.12 pagi.
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kesemua mangsa akan ditempatkan buat sementara di kediaman Program Perumahan Rendah (PPR) yang akan ditetapkan.
Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata beliau difahamkan kejadian berpunca daripada sebuah rumah yang disewakan sebelum ia kemudiannya merebak ke rumah lain.
“Saya nasihatkan penyewa rumah agar tidak membuat sebarang penyambungaan wayar elektrik tanpa pengetahuan pihak Tenaga Nasional Berhad,” katanya yang ditemui pemberita ketika melawat lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017
Orang awam turut membantu anggota Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan kawasan rumah dan rumah kedai di Kampung Baru hari ini. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.