awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2021
09:46 MYT
150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, pemberian komputer riba bagi memastikan pelajar dari keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian walaupun dari rumah. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan ke bulan depan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bagi memastikan pelajar dari keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian walaupun dari rumah.
Kata beliau, pemberian komputer riba itu merupakan salah satu cara memanfaatkan ekosistem kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkerjasama rapat dengan Yayasan Hasanah untuk mempercepatkan penyampaian komputer riba tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ini bukan kali pertama Yayasan Hasanah berganding bahu dengan KPM dalam memberi sumbangan pada perkembangan sektor pendidikan terutamanya kepada pelajar-pelajar di luar bandar.
Beliau memaklumkan, sejak tahun 2015 hingga 2019, yayasan tersebut membelanjakan sebanyak RM363 juta untuk tujuan itu.
Belanjawan 2021: 150,000 murid terima komputer riba sumbangan GLC, GLIC
Topic Berkaitan
#Komputer Riba
#GLC
#Kementerian Pendidikan
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul
#GLIC
#Yayasan Hasanah
#ekonomi
#PKP
#COVID-19
#pelajar luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan