KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
"Daripada jumlah 16 kes tersebut, mahkamah telah memerintahkan 13 kes dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan tiga kes lagi dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.
"Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan kes berprofil tinggi tersebut setelah menimbangkan, antara lain, perkembangan baharu sesuatu kes, representasi yang dikemukakan peguam bela tertuduh, tertuduh yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dijadikan saksi pendakwaan, atau tertuduh dikenakan kompaun," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.
Muhammad Fawwaz meminta Perdana Menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.
Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.
Katanya, keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023

Azalina berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. - Gambar fail

Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Lima negeri terlibat pelantikan, pertukaran pengarah bomba baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Siasatan dakwaan PN terima dana judi tidak dihenti, gugur - Azalina
Siasatan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan dihentikan atau digugurkan.

SPRM masih siasat kes beri sedekah pengundi Terengganu PRU15
Kes pemberian wang tunai kepada pengundi-pengundi di Terengganu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara - Azalina
Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Individu 35-44 tahun paling ramai muflis, pinjaman peribadi punca utama - Azalina
Setakat 30 April lalu, Jabatan Insolvensi telah melepaskan 4,228 kes bankrap dalam skala kecil melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan.

Parlimen: Kerajaan laksana kajian menyeluruh gubal Akta Pembelaan Awam - Azalina
Kerajaan akan melaksanakan kajian menyeluruh berhubung penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk memperkasakan akses bantuan guaman bagi kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan.

Kalimah Allah: Jelaskan isu agar rakyat faham, elak pihak ambil kesempatan - Azalina
Azalina menyifatkan pengendalian isu sensitif berkenaan ibarat menarik rambut dari tepung.

Tuntutan terhadap Sabah satu penyalahgunaan undang-undang - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, terdapat pelbagai unsur dalam kes yang difailkan waris Sultan Sulu itu yang menimbulkan keraguan dan persoalan.

Kalimah Allah: UMNO akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Azalina
Isu berkenaan perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Tuntutan Sulu: Malaysia tidak bersalah - Azalina
Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menangani tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.