Polis menerima 16 laporan dibuat manga kes penipuan dalam talian sejak Jan sehingga kini di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed.
Katanya, daripada jumlah itu, dua laporan melibatkan kes penipuan pembelian secara dalam talian, satu kes penipuan melibatkan pakej pelancongan, manakala selebihnya melibatkan penipuan pelbagai kategori.
"Jumlah kerugian keseluruhan RM99,500. Modus operandi yang selalu digunakan suspek ialah mengiklankan tawaran penjualan barangan yang tidak wujud dalam internet, yang menarik minat mangsa dengan menawarkan barangan pada harga murah atau barangan sukar didapati.
"Mangsa yang berminat akan melakukan pembayaran tanpa mengetahui barangan yang dibeli itu tidak wujud, menyebabkan mangsa mengalami kerugian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Aidi Sham berkata dalam kes baru-baru ini, terdapat satu kes penipuan pakej pelancongan di mana seorang mangsa wanita terpedaya dalam urusan pakej pelancongan, daripada sebuah syarikat yang mengiklankan pakej melalui Facebook.
"Kejadian penipuan ini bermula sejak tahun 2017 lagi, di mana suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Eropah dengan harga yang murah.
"Mangsa dan dua orang rakannya yang berminat dengan pakej tersebut telah membuat pembayaran melalui sembilan transaksi yang berjumlah RM12,280 ke dalam akaun syarikat tersebut. Bagaimanapun pengadu dimaklumkan syarikat tersebut kini telah ditutup," katanya.
Aidi Sham berkata, antara langkah bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian ialah dengan membuat pengesahan identiti penjual, semakan akaun bank, testimoni pembeli lain, serta berhati-hati dengan harga yang terlalu murah.
Katanya pihaknya akan mempertingkatkan lagi usaha bagi mendidik dan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penipuan sebegini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 21 2019
Antara langkah bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian ialah dengan membuat pengesahan identiti penjual, semakan akaun bank, testimoni pembeli lain, serta berhati-hati dengan harga yang terlalu murah.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.
Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.
24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.
Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.
Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi
Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di situ.