awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

160 kilang telah diarahkan tutup kerana langgar SOP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
11:39 MYT
160 kilang telah diarahkan tutup kerana langgar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sudah melaksanakan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP yang diwartakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 160 kilang dan 17 premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) diarahkan tutup, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun sehingga Khamis, operasi Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas 496 kilang.
Ismail Sabri memaklumkan daripada 496 kilang yang diperiksa itu, 106 buah kilang telah diarahkan tutup.
"Sehingga kini, 160 kilang dan 17 premis bukan kilang diarahkan tutup.
"Tindakan ini sebagai usaha memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP sepanjang PKP menyeluruh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sudah melaksanakan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP yang diwartakan.
Beliau juga memaklumkan sehingga 18 Jun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima sebanyak 382 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi.
"Daripada jumlah itu, jumlah aduan tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 98 aduan, non-essential 77 aduan, dan 60 aduan bagi kategori ketidakpatuhan SOP AM," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#prosedur operasi standard
#SOP
#langgar SOP
#ismail sabri yaakob
#PKP
#kilang
#diarah tutup
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan