KUALA LUMPUR: Seramai 167 Ahli Parlimen selesai membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini semalam.
Sesi perbahasan itu berlangsung enam hari bermula 27 Feb, selepas Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 24 Feb lepas.
Sebelum menangguhkan sidang dewan pada pukul 10.40 malam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Menurut takwim Parlimen, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi penggulungan oleh setiap kementerian selama dua hari bermula hari ini.
Terdahulu antara perkara yang dibangkitkan pada sesi perbahasan semalam, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berharap Perdana Menteri dapat memastikan Belanjawan 2023 tidak dicemari dengan isu-isu ketirisan.
Beliau berkata kerajaan seharusnya memastikan peruntukan-peruntukan yang telah dirancang dapat disampaikan secara berhemah dan beramanah terus kepada rakyat.
"Jangan berlaku ketirisan, jangan berlaku penyelewengan, jangan berlaku pecah amanah, jangan berlaku amalan rasuah dan yang paling penting kita mahu peruntukan ini diberikan kepada rakyat yang telah hampir tiga tahun hidup derita disebabkan krisis ekonomi, kesihatan dan juga krisis politik," katanya.
Sementara itu Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) menggesa kerajaan supaya mula membangunkan ekonomi penuaan dari sekarang.
Lee berkata ini berikutan Malaysia dijangka akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030 dengan 15 peratus daripada penduduknya bakal berusia 60 tahun dan ke atas.
"Ini harus didukung oleh fasiliti pengangkutan awam dan kemudahan lestari untuk golongan warga emas, agar taraf kualiti kehidupan serta kelangsungan hidup mereka terjamin," katanya.
Untuk itu beliau mencadangkan supaya kerajaan meluaskan konsep Bas Francais atau Bas Mini yang pernah dipraktikkan dahulu dengan melibatkan usahawan-usahawan swasta yang berminat dalam industri pengangkutan.
Persidangan dewan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Anwar menunjukkan dokumen Belanjawan 2023 ketika tiba di Dewan Rakyat bagi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI pada 24 Feb lalu.c- Gambar fail BERNAMA
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.