awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah

Bernama
Bernama
13/10/2023
10:36 MYT
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM90 juta kepada Risda dan Felcra untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM90 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (Felcra) untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Langkah ini untuk meningkatkan produtiviti hasil perladangan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing melalui mekanisasi dan automasi seperti dron dan kenderaan pandu sendiri, katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 bertema 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam Belanjawan 2023, beliau telah menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.79 sekilogram.
"Sekali lagi setelah mendengar keluhan para pekebun getah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#FELCRA
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan