PUTRAJAYA: Pihak berkuasa menyekat akses ke atas 1,675 laman sesawang menjual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang dan merampas pelbagai produk berkenaan bernilai lebih RM500,000 dalam Operasi Pangea Ke-16 yang dijalankan di seluruh negara dari 3 hingga 10 Okt lepas.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) Norhaliza A Halim berkata sebanyak 76 peratus daripada laman sesawang yang dikesan menjual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang adalah menerusi platform e-dagang.
"Kesemua pautan ini telah diadukan kepada MCMC, penyedia platform media sosial dan e-dagang untuk disekat akses dan diturunkan kandungan.
Berlaku peningkatan dalam penjualan ubat-ubatan terkawal seperti bahan psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik dan ubat batuk yang dijual oleh penjual yang tidak berkelayakan atau tidak diberi kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi Pangea Ke-16 dikoordinasi oleh Interpol menyasarkan pengiklanan, pembekalan dan penjualan secara dalam talian produk farmaseutikal yang tidak berdaftar atau dicampur palsu di seluruh dunia, dan di Malaysia ia diselaraskan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.
Norhaliza berkata operasi itu di Malaysia yang mendapat kerjasama National Central Bureau/Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), telah merampas 13,552 unit produk farmaseutikal tidak berdaftar bernilai RM132,498 di semua pintu masuk utama negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri.
Beliau berkata produk paling banyak dirampas di pintu masuk negara adalah kosmetik iaitu sebanyak 2,359 unit, produk merawat penyakit gastrik (2,243) dan steroid (1,673) manakala ubat penahan sakit (1,465) dan suplemen kesihatan (1,343) pula dirampas di pintu masuk utama dan pusat pengedaran mel tahun ini.
"Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM juga mendapati trend pembelian ubat penahan sakit dan suplemen kesihatan dari luar negara juga semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan produk farmaseutikal dan kosmetik yang dirampas ini adalah berasal dari Australia, Bangladesh, Hong Kong, Jepun dan India," katanya.
Selain itu, sebanyak 96,691 produk farmaseutikal menyalahi undang-undang bernilai RM417,291 telah dirampas dalam serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan.
"Turut dirampas produk tradisional yang dicampur palsu dengan steroid, ubat penahan sakit dan ubat batuk yang tidak berdaftar dan dijual oleh penjual yang tidak berlesen dan tidak diberi kuasa di bawah Akta Racun 1952," katanya menambah, sebanyak 12 fail siasatan dibuka untuk tindakan lanjut.
Norhaliza berkata KKM komited dalam memastikan pengendalian rangkaian bekalan, penggunaan, pemasaran dan penyiaran iklan-iklan produk farmaseutikal dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Operasi Pangea Ke-16 di seluruh dunia dari 3 hingga 10 Okt lepas membawa kepada 72 tangkapan, rampasan produk farmaseutikal bernilai lebih daripada US$7 juta, pembukaan 325 fail siasatan dan penutupan lebih daripada 1,300 pautan iklan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Sebanyak 76 peratus daripada laman sesawang yang dikesan menjual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang adalah menerusi platform e-dagang. - Gambar hiasan
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,675 laman sesawang jual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang disekat
Sebanyak 76 peratus daripada laman sesawang yang dikesan menjual produk farmaseutikal menyalahi undang-undang adalah menerusi platform e-dagang.