awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 daerah di enam negeri terjejas banjir - NADMA

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2022
09:59 MYT
17 daerah di enam negeri terjejas banjir - NADMA
Sebanyak 17 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas banjir dengan 4,635 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas banjir dengan 4,635 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kemas kini terbaharu berkata, sejumlah 786 PPS sudah ditutup di mana 114,826 mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.
Sehingga jam 2 petang ini, operasi banjir seluruh negara melibatkan keanggotaan 12,090 orang anggota agensi responder menggunakan 2,231 gabungan aset pelbagai agensi.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengedarkan 478,556 pek makanan berbungkus termasuk keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terkesan banjir, “ kenyataan itu menyebut.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula melaporkan tujuh pertambahan kejadian tanah runtuh direkodkan melibatkan Selangor (6) dan Negeri Sembilan (1).
NADMA turut memaklumkan, Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan kejadian bencana di 53 lokasi yang melibatkan cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, jambatan rosak.
Topic Berkaitan
#banjir
#NADMA
#pusat pemindahan
#Kelantan
#terengganu
#Negeri Sembilan
#Sabah
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan