SIPITANG: Sebanyak 17 kampung terjejas dan 35 orang daripada 11 keluarga dipindahkan setakat tengah hari ini dalam kejadian banjir di Sipitang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu kampung terlibat termasuk Kampung Menengah Ulu Sipitang, Kampung Skim Sindumin, Kampung Pantai, Kampung Tanjung Nipis, Kampung Kawang, Kampung Banting, Kampung Bangsal.
Kampung Jalan Masjid SIndumin, Kampung Kawang Baru, Kampung Luagan, Kampung Luagan Pantai, Kampung Masjid Pantai, Kampung Pantai Lama, Kampung Skim Baru Sindumin, Kampung Siputul, Kampung Mendulong, dan Kampung Kaban.
Menurut kenyataan itu, 35 mangsa dipindahkan bermula tengah malam tadi ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Mini Mesapol yang dibuka sejak lewat petang semalam.
"Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lepas menyebabkan paras air Sungai Mengalong dan Sungai Lukutan naik dengan mendadak, limpahan air berlebihan menyebabkan kampung berdekatan dinaiki air...pemantauan pada masa ini kampung terlibat masih digenangi air," kata kenyataan itu.
Menurutnya, sebanyak enam jalan terjejas yang hanya boleh dilalui kenderaan berat atau pacuan empat roda iaitu Jalan Kampung Menengah, Jalan Kampung Tanjung Nipis, Jalan Kampung Bangsa, Jalan Luagan Sindumin, Jalan Skim Sindumin dan Jalan Masjid Kampung Pantai.
Cuaca di Sipitang pada masa ini cerah, namun hujan di beberapa kawasan di Sabah antaranya sekitar pantai timur di Sandakan dan Tawau.
Sipitang adalah sebuah daerah di pedalaman negeri ini, sekitar 144 kilometer ke arah selatan dari Kota Kinabalu dan sebuah daerah Sabah yang bersempadan dengan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lepas menyebabkan paras air sungai naik dengan mendadak. - Facebook/Sani Miasin
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.