awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 penduduk terjejas tanah runtuh berpindah ke kawasan selamat

Bernama
Bernama
28/11/2014
06:10 MYT
17 penduduk terjejas tanah runtuh berpindah ke kawasan selamat
Pihak bomba masih dalam proses memindahkan kesemua mangsa daripada setiap rumah yang terjejas.
Sebanyak 17 penduduk daripada enam keluarga Rumah Rakyat Kampung Panchor di sini yang terancam berikutan kejadian tanah runtuh Rabu lepas telah berpindah ke kawasan selamat, sejak semalam.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata baki 10 penduduk daripada tiga keluarga akan berpindah dalam masa terdekat.
"Pihak bomba masih dalam proses memindahkan kesemua mangsa daripada setiap rumah yang terjejas di kawasan perumahan ini demi keselamatan mereka berikutan keadaan cuaca yang masih belum menentu.
"Langkah pemantauan pergerakan tanah dilakukan lima anggota pada setiap dua jam masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan sama ada penduduk akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing akan diputuskan dalam mesyuarat antara Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains.
Norazam berkata setakat 6 petang semalam, tiada pergerakan tanah dikesan.
Bagaimanapun, katanya bomba akan sentiasa berada di lokasi kejadian untuk menjamin keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bencana peringkat daerah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Abdullah Hanapi berkata setakat 6 petang semalam, hanya sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita menghuni pusat pemindahan di Program Perumahan Rakyat Seri Perdana, Paroi.
"Pihak JKM telah menyediakan keperluan asas seperti selimut dan makanan yang siap dimasak untuk penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan ini.
"Sekiranya bilangan penduduk yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu bertambah, JKM akan membuka pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Paroi," katanya.
Dalam kejadian pada 3 petang Rabu lepas, sebanyak 17 rumah yang terletak di Jalan Mahsuri 1, Jalan Murni dan Jalan Ria 1, terjejas akibat berlaku pergerakan tanah di kawasan bukit berhampiran.
Topic Berkaitan
#Norazam Khamis
#Penduduk
#pindah
#Rumah Rakyat Kampung Panchor
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan