TUNIS: Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat di kawasan terjejas di negara itu, menurut laporan berkenaan pada Isnin.

Bencana itu berpunca daripada hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

-- BERNAMA