awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

174 rumah ibadat bukan Islam dibenarkan beroperasi semula

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2020
08:49 MYT
174 rumah ibadat bukan Islam dibenarkan beroperasi semula
Pelaksanaan upacara keagamaan di rumah beribadat berkenaan hanya dihadkan kepada 30 orang dan bergantung kepada saiz keluasannya. - Gambar BERNAMA
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membenarkan 174 rumah ibadat bukan Islam yang berada di zon hijau dibuka semula bermula 10 Jun depan.
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan pada Khamis memberitahu, keputusan itu diambil dalam mesyuarat pada 21 Mei lalu yang membenarkan rumah-rumah ibadat itu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) Ibadat Dalam Zon Hijau.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pelaksanaan upacara keagamaan di rumah ibadat berkenaan hanya dihadkan kepada 30 orang dan bergantung kepada saiz keluasannya.
"Pelaksanaan sebarang upacara perkahwinan di kuil, gereja atau persatuan agama adalah ditangguhkan sehingga 31 Julai," jelas kenyataan itu di sini, pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, pembukaan rumah ibadat yang lain perlu dipohon melalui badan agama masing-masing yang dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan Negara mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun depan.
Permohonan-permohonan yang diterima kata kenyataan itu, akan dibawa pihak kementerian dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Evangelical Christian Fellowship
#Fo Guang
#Malaysia Hindu Sangam
#Persekutuan Pertubuhan Tao Malaysia
#PKPB
#prosedur operasi standard
#rumah beribadat bukan Islam
#Titular Roman Catholic Archbishop
#zon hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan