awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci

Bernama
Bernama
04/05/2021
12:44 MYT
17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Jumlah tersebut mewakili 50 peratus jumlah keseluruhan rakyat negara ini yang sudah dibanci. - Gambar fail/ Bernama
BACHOK: Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.
Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal) Nazaria Baharudin berkata jumlah tersebut mewakili 50 peratus jumlah keseluruhan rakyat negara ini yang sudah dibanci.
"Sejumlah 17.7 juta atau 54 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini sudah selesai dibanci. Baki 50 peratus lagi penduduk yang perlu dibanci akan dilakukan sehingga akhir Jun, namun sekiranya ada keperluan baki yang tidak sempat diselesaikan akan dilaksanakan sehingga Julai.
"Bancian 2020 penting bagi kerajaan merancang fasiliti yang diperlukan seperti kemudahan kesihatan kepada warga emas, sekolah dan taska dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Jika ada yang enggan mendaftar mereka juga akan rugi kerana sukar bagi kerajaan melaksanakan projek pembangunan yang diperlukan setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Turun Padang Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Kampung Balai, Tawang, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah DOSM Kelantan Zuraidy Zainal Abidin.
Mengulas mengenai Banci 2020 di Kelantan, Nazaria berkata kerjasama yang diberi penduduk negeri ini sangat baik apabila seramai 1.4 juta daripada 1.9 juta rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
"Sudah 1.4 juta rakyat Kelantan melibatkan 419,000 kediaman telah dibanci. Malah kawasan seperti Jajahan Kecil Lojing, Jajahan Jeli, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Tumpat, Jajahan Pasir Puteh dan Jajahan Machang proses banci sudah selesai.
"Jajahan Kota Bharu pula sudah 98 peratus, Jajahan Gua Musang (98 peratus), Jajahan Kuala Krai (97 peratus), Jajahan Pasir Mas (98 peratus) dan Jajahan Bachok (81 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#banci
#Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
#Nazaria Baharudin
#Timbalan Ketua Perangkawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan