awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

180 taska, tabika kelolaan Kemas seluruh negara ditutup ekoran HFMD

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
28/05/2022
05:54 MYT
180 taska, tabika kelolaan Kemas seluruh negara ditutup ekoran HFMD
Mahdzir bercakap ketika sidang media ringkas pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Pahang 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Sebanyak 180 buah tabika dan taska selian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara ditutup ekoran penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, penutupan tersebut adalah selama 10 hari atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tambah Mahdzir, ibubapa dan penjaga tidak perlu risau kerana pihak Kemas katanya sentiasa memantau kesihatan kanak-kanak yang hadir ke tabika dan taska setiap hari.
"Keseluruhannya adalah 180 kita tutup. Apabila ada jangkitan di sekolah walaupun dua orang atau seorang kita tutup.
"Bukan maknanya penularan tu sampai habis satu sekolah. Jadi ada sahaja budaknya yang (dijangkiti) kita tutup," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas Negeri Pahang di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Keseluruhannya terdapat 11,314 tabika dan taska dibawah kelolaan Kemas diseluruh negara.
Topic Berkaitan
#HFMD
#Kemas
#tadika
#Mahdzir Khalid
#Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan