awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

186 kawasan berisiko kepala air dikenal pasti ketika Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
27/09/2022
09:03 MYT
186 kawasan berisiko kepala air dikenal pasti ketika Monsun Timur Laut
Sabah mencatatkan jumlah lokasi berisiko berlaku kepala air tertinggi iaitu 52 lokasi, diikuti oleh Kedah sebanyak 24 lokasi. - Gambar fail/ Bernama
GERIK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti sebanyak 186 kawasan berisiko berlakunya fenomena kepala air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) membabitkan kawasan air terjun dan sungai di seluruh negara.
Ketua pengarahnya Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata daripada keseluruhan kawasan, Sabah mencatatkan jumlah lokasi berisiko berlaku kepala air tertinggi iaitu 52 lokasi, diikuti oleh Kedah sebanyak 24 lokasi.
"Langkah berjaga-jaga sudah dibuat oleh beberapa jabatan seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi persedian mengenal pasti lokasi terlibat.
"Mereka (jabatan tersebut) telah mengambil langkah-langkah mitigasi seperti pemasangan pengesan pergerakan (motion detector) dan sistem amaran awal (pre-warning) bagi memudahkan anggota keselamatan yang terlibat bertindak," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Pemantauan Latihan dan Persediaan JBPM Menghadapi Fenomena MTL di Jeti Awam, Tasek Banding di sini hari ini.
Mohamad Hamdan berkata JBPM memberi tumpuan kepada kawasan kepala air yang terdapat kependudukan kerana dikhuatiri akan meragut nyawa penduduk.
"Kita fokus tentang perkara ini kerana jika ada kependudukan seperti yang berlaku di Titi Hayun di kaki Gunung Jerai, Kedah di mana ada penduduk dan melibatkan kematian di kawasan tersebut.
"Pihak JMG telah meletakkan pengesan pergerakan dan sistem amaran awal yang jelas agar tidak disalahfahami oleh penduduk dan mereka dapat bertindak dengan segera," katanya.
Seramai enam orang terkorban dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos tahun lepas akibat dihanyutkan arus deras dan dihempap tanah runtuh, selain kediaman, premis dan pengusaha chalet pelancongan desa terkesan ekoran fenomena itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#kepala air
#JBPM
#persediaan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan