SEREMBAN: Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Wesam Almahallawi telah kehilangan 19 ahli keluarga susulan serangan yang sedang berlaku di Gaza.
Wesam yang berasal dari Palestin berkata adik lelakinya, Waleed Almahallawi, 40, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia USIM serta isteri dan empat anak saudaranya termasuk berusia dua tahun terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza pada 25 Okt lepas.
Serangan itu menurutnya turut mengorbankan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa saudaranya.
"Dalam kejadian tersebut, serangan bom Israel telah memusnahkan kediaman yang dihuni oleh keluarga termasuk 200 orang lagi penduduk Gaza," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan USIM hari ini.
Wesam berkata ibu dan bapanya, masing-masing berusia 65 dan 68 tahun serta adik lelaki dan dua adik perempuannya yang lain terselamat dalam serangan bom tersebut, namun sangat sukar untuk dihubungi berikutan konflik yang berlaku.
Beliau berkata ahli keluarganya juga terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain yang masih tidak dimusnahkan oleh tentera Zionis bagi menyelamatkan diri.
"Saya perlu menunggu berhari-hari untuk mereka membalas mesej saya kerana Israel menghentikan semua rangkaian telefon dan Internet di Gaza.
"Setakat ini sudah empat hari saya tidak menerima apa-apa berita daripada adik perempuan saya yang berada di Utara Gaza.
"Saya berharap gencatan senjata dapat dilakukan dengan segera di Gaza. Penduduk Gaza, termasuk keluarga saya di sana, sedang berjuang untuk hidup," katanya.
Pertempuran di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Seluruh keluarga Waleed Almahallawi serta isteri bersama empat anak termasuk berusia dua tahun terbunuh dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza pada 25 Okt 2023. -Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
19 ahli keluarga terbunuh, pensyarah USIM harap gencatan senjata di Gaza
Serangan itu menurutnya turut mengorbankan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa saudaranya.
Penceramah meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh
Pensyarah kanan di USIM, Mohd Soberi Awang dilihat menahan kesakitan semasa menyampaikan kuliah Subuh bertajuk 'Hari Kiamat'.