KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di seluruh negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ancaman tersebut dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama 'taktstorer' iaitu dalam bahasa Jerman bermaksud 'pengganggu ketenteraman' daripada penyedia perkhidmatan e-mel Beeble.com.
"Kita menerima tujuh laporan di Selangor, Kuala Lumpur (lima), Johor (tiga), Pulau Pinang (dua) dan satu laporan di Perak serta Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Razarudin berkata, PDRM dengan kerjasama sekolah yang terlibat telah segera mengambil tindakan bagi mengosongkan premis sebaik menerima laporan.
"Demi keselamatan, pengungsian (evacuation) pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan segera oleh pihak sekolah dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke lokasi berkumpul (assembly points) seperti ditetapkan di sekolah masing-masing, sebelum pelajar dibenarkan pulang," katanya.
Beliau berkata, tindakan pemeriksaan rapi keselamatan bom telah dijalankan secara rapi oleh elemen-elemen PDRM di semua lokasi yang terlibat, namun tiada sebarang ancaman yang dikesan.
"Siasatan mendapati e-mel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.
"Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat e-mel yang digunakan bagi menghantar ancaman, baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet," katanya.
Razarudin berkata, kandungan asal e-mel ancaman adalah dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia menggunakan aplikasi penterjemah.
"Kandungan e-mel yang sama dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 November lalu, juga melalui penyedia perkhidmatan e-mel yang sama," katanya.
Beliau berkata, siasatan turut menjurus sama ada insiden di Malaysia, mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica.
"Ia dipercayai didalangi seorang individu bermasalah mungkin pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak dan kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya," ujarnya.
Razarudin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"PDRM memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan kita akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat sebarang ancaman.
"PDRM memberi kepastian bahawa tahap keselamatan pelajar serta guru-guru adalah terjamin di seluruh negara," katanya.
Astro Awani
Tue Nov 21 2023

Razarudin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar/ Bernama

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Hotel di Jalan Conlay terima ancaman bom
Polis mengesahkan sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, menerima panggilan ancaman bom pada Sabtu.

Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir
Mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.

Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.

19 laporan ancaman bom palsu, dalang dipercayai kurang perhatian - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di seluruh negara.

Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak
Polis Perak pula mengesahkan menerima laporan sebuah sekolah antarabangsa di sini menerima ancaman bom menerusi emel pagi tadi.

Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.

Sembilan sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom, polis sahkan ancaman palsu
Tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.

Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom
Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan menerima ancaman bom pada Selasa.

Beberapa lapangan terbang di Perancis dikosongkan selepas terima ancaman bom
Lapangan terbang Lille, Lyon dan Toulouse di Perancis dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada Rabu.

Lapor segera jika terima ancaman keselamatan - Polis P. Pinang
Polis menggesa orang ramai supaya melaporkan segala maklumat mengenai sebarang bentuk ancaman keselamatan agar tindakan susulan dapat dilakukan segera.