Skip to main content

Malaysia

19 projek diluluskan di bawah program Geran Khas Hasanah

61591698027_Mash.jpg
61591698027_Mash.jpg
Advertisement
Setakat 6 Jun 2020, sebanyak 19 projek sosial telah diluluskan di bawah program Geran Khas Hasanah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.6 juta diagihkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara projek yang telah diluluskan adalah projek penanaman sayur-sayuran secara lestari alam dan penyalurannya kepada pengguna dari Padawan ke Kuching, Sarawak.

“Kedua, projek menghasilkan madu kelulut bersama penduduk Felda di Jempol, Negeri Sembilan.

“Ketiga, projek meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik bagi kanak-kanak sekolah rendah golongan B40 melalui platform teknologi pendidikan secara dalam talian.

“Keempat, projek untuk memperluaskan kemudahan kaunseling bagi wanita-wanita yang mengalami penderaan dan kanak kanak yang mengalami penderaan seksual,” katanya dalam sesi Facebook Live Perkongsian Laporan Ke-8 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.

Setakat 6 Jun 2020, sebanyak 19 projek sosial telah diluluskan di bawah program Geran Khas Hasanah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.6 juta diagihkan.

Menurutnya, geran yang dilancarkan pada 14 April itu adalah bagi menyokong program-program sosial yang boleh meningkatkan kualiti hidup serta memulihkan ekonomi kumpulan sasaran.

Ia termasuklah komuniti B40, komuniti mudah terjejas (ataupun vulnerable), orang asal, warga emas, gelandangan, kanak-kanak yang berisiko, wanita, belia dan orang kelainan upaya dari seluruh Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement