KUALA LUMPUR: Sebanyak 193 syarikat telah dianugerahkan Status Digital Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada suku pertama 2024.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata separuh daripada jumlah itu merupakan syarikat teknologi maklumat (infotech) yang memanfaatkan teknologi seperti blok rantai, Web3 dan kecerdasan buatan.
"Kami juga baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan prapemecut terkemuka di dunia, Universiti Draper, untuk menubuhkan pangkalan di Kuala Lumpur iaitu kampus pertamanya di luar Lembah Silikon.
"Ini penting dalam menyokong dan menerajui perancangan modal teroka dan syarikat pemula yang ingin memasuki dan berkembang di Malaysia," katanya dalam ucapan pembukaan pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini, hari ini.
Status Digital Malaysia dianugerahkan oleh MDEC kepada syarikat yang layak yang mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti MDEC dan ditawarkan set insentif, hak dan keistimewaan untuk membolehkan mereka beroperasi, berkembang dan melabur di negara ini.
Gobind berkata ekonomi digital Malaysia terbukti menjadi tonggak penting kepada ekonomi negara apabila menyumbang 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Malaysia memulakan perjalanan pendigitalan pada 1996. Kita telah, tanpa ragu-ragu, sudah mencapai kemajuan besar dalam membina ekonomi digital selama beberapa dekad," katanya.
Sementara itu, Gobind berkata Malaysia kini menduduki tempat ke-20 dalam senarai World's Strong Starters Ranking berdasarkan Laporan Ekosistem Pemula Niaga Global 2023 yang diterbitkan oleh Startup Genome.
Beliau berkata dianggarkan ekosistem pemula niaga Malaysia kini bernilai US$46 bilion (RM220 bilion) dan berkembang.
"Kami mempunyai lebih 3,000 syarikat pemula tempatan dalam ekosistem, beroperasi dalam pelbagai sektor, daripada teknologi kewangan dan e-dagang, kepada teknologi kesihatan dan kewangan Islam.
"Malaysia tidak sabar untuk menempa nama di rantau ini. Oleh itu, kerajaan ini menantikan jawatan pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Kami sudah bersiap sedia untuk itu dan rancangan untuk libat urus di rantau ini sedang dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Perdana Menteri (tengah) menyempurnakan Pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Turut bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo (kanan). - Foto Bernama
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind
Sebanyak 193 syarikat telah dianugerahkan Status Digital Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada suku pertama 2024.