awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

195,923 individu divaksin setakat 9 Mac - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
10/03/2021
04:03 MYT
195,923 individu divaksin setakat 9 Mac - Dr Noor Hisham
Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah divaksin setakat semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menurut laporan harian pemberian dos satu vaksin mengikut negeri, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).
"Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).
"Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260)," katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebooknya, hari ini.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Pada 24 Feb lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech.
Perkembangan terkini setakat 9hb March 2021 laporan harian pemberian dos pertama vaksin Covid-19 mengikut negeri. Lindung diri, lindung semua pic.twitter.com/cVL21RUB6Z
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 10, 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan