Rakyat diharap memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada kerajaan dalam menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat juga diminta peka kerana semua isu 1MDB secara tidak langsung berkaitan dengan maruah dan kehormatan negara.
"Janganlah kita sebagai rakyat memutarbelitkan semua ini hingga menyulitkan lagi keadaan.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas tidak akan berkompromi dengan sesiapa dalam isu ini, jika dakwaan sebagaimana DOJ nyatakan itu mempunyai asas atau bukti.
"Malah kenyataan Perdana Menteri berkaitan isu ini di mana kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada DOJ serta menghormati undang-undang yang berkenaan sudah jelas dan nyata membuktikan ketegasan serta keterbukaan beliau dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
1MDB dalam satu kenyataan sebelum ini menafikan ia adalah pihak yang berdepan saman sivil oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Syarikat itu menegaskan, ia tidak mempunyai aset di Amerika atau mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi seperti yang digambarkan menerusi saman sivil berkenaan.
1MDB menambah, sehingga kini ia tidak dihubungi DOJ atau mana-mana agensi asing berhubung siasatan mereka.
Dalam pada itu Shamsul menjelaskan, biarlah proses undang-undang berjalan sebagaimana sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib selaku ketua kerajaan
"Adalah tidak adil kita terus menghukum pihak tertentu tanpa terlebih dahulu melihat keputusan melalui proses yang sepatutnya dikeluarkan.
"Malah lebih tidak adil apabila pihak tertentu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tiba-tiba terus mengheret dan menuduh Perdana Menteri dengan tuduhan yang tidak sepatutnya malah lari dari fakta sebenar berkaitan perkara ini.
"Menuduh Datuk Seri Najib terlibat sedangkan ia langsung tiada kaitan, adalah sangat tidak adil. Pimpinan Pakatan Harapan termasuk Tun Mahathir mesti berfikiran rasional dalam isu ini.
"Menuduh serta memutar belit isu ini menampakkan seolah olah perkara telah dirancang oleh pihak tertentu," ujarnya.
Kata Shamsul lagi, di samping kerajaan berkerjasama terhadap perkara ini, rakyat juga mesti berhati-hati dan memastikan tidak ada pihak yang cuba masuk campur tangan di dalam politik negara.
"Saya begitu hairan bagaimana Tun Mahathir telah membelakangkan segala prinsip yang dijunjung dan dinyatakan sepanjang 22 tahun memimpin negera.
"Sangat jelas sikap dan pendiriannya terhadap AS telah begitu berubah berbanding dahulu," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Sun Jul 24 2016
SHAMSUL ANUAR: Janganlah kita sebagai rakyat memutarbelitkan semua ini hingga menyulitkan lagi keadaan. - Gambar fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.