1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menggunakan sejumlah RM600 juta daripada RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,1MDB dijangka pulih daripada masalah aliran tunai yang dihadapi ketika ini pada penghujung tahun 2015.

1MDB kini sedang mengambil beberapa langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah-tanah yang berada di bawah milik syarikat itu.

Menurut beliau, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu juga dijangka akan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai ini.

Jelas beliau, sebaik sahaja IPO dan perasionalan tanah itu selesai, sumber kewangan jangka pendek itu akan digunakan untuk penstrukturan semula pinjaman 1MDB dan memastikan operasi syarikat itu berjalan lancar.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran pekebun-pekebun limau bali Tambun di Ipoh pada Sabtu.