awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB : Hishamuddin setuju gesaan Najib tetapi dengan bersyarat

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2015
07:35 MYT
1MDB : Hishamuddin setuju gesaan Najib tetapi dengan bersyarat
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini bersetuju dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta mana-mana anggota Kabinet letak jawatan jika tidak bersama pulihkan 1MDB. - Gambar fail
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini bersetuju dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.
Hishamuddin bagaimanapun dalam satu tweet berbalas kepada akaun Twitter Astro AWANI pada hari ini berkata, persetujuan kepada gesaan perletakan jawatan bagi ahli-ahli Kabinet itu adalah dengan bersyarat.
Antara syarat beliau adalah syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan perlu dirasionalisasikan dan perlu ada akauntabiliti jika terdapat apa-apa salah laku.
Selain itu, beliau juga berkata perlu ada ketelusan dalam proses rasionalisasi dan akauntabiliti syarikat 1MDB itu.
Stuju dgn syarat 1)Rationalisasi 1MDB 2)Akauntabiliti sekiranya ada salah 3)Ketelusan 1)&2) di atas a href="https://twitter.com/501Awani">@501Awani: 1MDB: Letak jawatan jika..
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 1, 2015
Sebelum ini dalam satu akhbar tempatan melaporkan Najib meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB untuk meletakkan jawatan.
BACA : 1MDB: Letak jawatan jika tidak bersama pulihkan - Najib
BACA : 1MDB: Seluruh Kabinet bertanggungjawab, bukan Najib seorang - Ku Li
BACA : 1MDB: Letak jawatan, adakah yang berani 'berenang atau lemas' bersama? - Kit Siang
Menurut akhbar tersebut, kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.
Dalam pembentangan itu, Husni memaklumkan International Petroleum Investment Company (IPIC) akan memperuntukkan sebanyak AS$1 bilion (RM3.66 bilion) kepada 1MDB bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.
Menurut beliau, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana IPIC akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.
Terdahulu, Ahli veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah minggu lalu juga berpendapat seluruh anggota Kabinet seharusnya memikul tanggungjawab bersama dalam berhadapan isu 1MDB dan tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menghadapinya secara berseorangan.
BACA : IPIC akan suntik AS$1 bilion kepada 1MDB - Husni Hanadzlah
BACA : Menteri Kewangan Kedua nafi laporan 1MDB akan dibubar
Topic Berkaitan
#1mdn
#hishamuddin tun hussein
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan