awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: KSU Perbendaharaan akan beri kerjasama penuh kepada PAC

Bernama
Bernama
13/05/2015
10:30 MYT
1MDB: KSU Perbendaharaan akan beri kerjasama penuh kepada PAC
IRWAN: Sudah tentu saya akan pergi dan apa jua soalan yang ditanya mereka, saya akan jawab. - Foto Facebook
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah komited untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau berkata PAC telah memanggil beliau dan ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah untuk memberi kenyataan mereka pada 19 Mei.
"Sudah tentu saya akan pergi dan apa jua soalan yang ditanya mereka, saya akan jawab," katanya kepada media selepas menyampaikan pembiayaan bernilai RM40 juta kepada 21 syarikat-syarikat kreatif yang diluluskan MyCreative Ventures Sdn Bhd di sini hari ini.
Isnin lepas, pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa Parlimen akan memulakan siasatan berhubung 1MDB pada 19 Mei.
Ditanya sama ada siasatan PAC itu akan membantu menjelaskan perkara berhubung 1MDB, Irwan Serigar berkata: "Biar kita lihat hasil laporan Ketua Audit Negara tentang syarikat itu dan tunggu apa yang hendak ditanya PAC...Mari kita tunggu dan lihat".
Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan berkata bahawa jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.
Semalam, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan berkata jabatan itu bercadang mengemukakan laporan awal pengauditan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#Jabatan Audit Negara
#Mohd Irwan Serigar Abdullah
#Nur Jazlan
#PAC
#PetroSaudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan