awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Pembelaan Najib kemuka hujah 2,500 muka surat

Bernama
Bernama
19/08/2024
06:30 MYT
1MDB: Pembelaan Najib kemuka hujah 2,500 muka surat
Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengemukakan hujah-hujah setebal 2,500 muka surat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata disebabkan terlalu banyak bahan bukti yang mereka tidak dibenarkan untuk berkompromi, penghujahan terperinci adalah penting bagi menegaskan fakta-fakta mengapa mahkamah perlu menimbangkan hujah mereka secara menyeluruh.
"Ini bagi menunjukkan bahawa pertuduhan itu cacat terutama berkaitan empat pertuduhan pokok.
"Pertuduhan itu mengalami kecacatan, umpamanya dari segi kepelbagaian dan 'duplicity', yang membawa kepada kekaburan," kata Muhammad Shafee sebelum memulakan penghujahannya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#kes 1MDB
#keputusan mahkamah
#pembelaan Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan