KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tiada mengetahui bahawa sebahagian daripada hasil terbitan bon US$3 bilion telah dipindahkan kepada tiga syarikat termasuk Tanore Finance Corporation (Tanore).
Azmi Tahir, 48, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.
Dalam pernyataan pembukaan kes 1MDB, pendakwaan mendakwa Tanore telah memindahkan sejumlah US$681 juta ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak antara 21 Mac 2013 hingga 10 April 2013 dan ia menjadi perkara utama dalam pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata bon tersebut sepatutnya dilaburkan ke dalam syarikat usaha sama 1MDB dan Aabar Investment PJS iaitu Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).
"Datuk Seri Najib, melalui Ketua Setiausaha Sulitnya Arwah Datuk Azlin Alias, telah mengarahkan bon tersebut disalurkan kepada tiga syarikat pelaburan iaitu Cistenique Investment Fund B.V (Cistenique), Devonshire Capital Growth Fund (Devonshire) dan Enterprise Emerging Market Fund (Enterprise Emerging).
"Bagaimanapun, saya mengesahkan saya tidak tahu tiga syarikat pelaburan ini akan memindahkan sebahagian dana bon US$3 bilion kepada Tanore dan dua lagi syarikat iaitu Granton Property Holding Limited dan Midhurst Trading Limited.
"Kesemua keputusan dan pemindahan ini adalah di luar pengetahuan saya. Saya juga ada bertanya kepada Terence Geh (bekas Timbalan Ketua Pegawai Kewangan 1MDB) sekiranya kami (1MDB) ada membuat pelaburan dengan Tanore semasa nama syarikat itu keluar di media dan dikaitkan dengan 1MDB. Bagaimanapun, Geh ketika itu menafikan perkata tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 127 muka surat pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Azmi berkata beliau dan Mohd Hazem Abd Rahman (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) hanya dimaklumkan mengenai pelaburan kepada tiga syarikat sahaja iaitu Cistenique, Devonshire dan Enterprise Emerging.
"Saya sahkan saya ada menurunkan tandatangan di atas beberapa dokumen yang mengesahkan pihak 1MDB mengambil maklum mengenai pelaburan di dalam tiga syarikat pelaburan ini.
"Saya juga tidak pernah membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk membuat sebarang pelaburan kepada pihak lain termasuklah ke akaun Datuk Seri Najib," katanya.
Terdahulu, beliau berkata pindahan dana kepada tiga syarikat terbabit telah dilakukan pada 20 Mac 2013 iaitu sehari selepas US$2.7 bilion hasil terbitan bon dimasukkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Berhad Global Investments Limited (1MDB GIL).
"Saya sahkan bahawa selepas mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan surat sokongan daripada Kementerian Kewangan bagi kutipan dana untuk bon, US$3 bilion telah diterbitkan ke dalam akaun 1MDB GIL dengan jumlah US$2.7 bilion iaitu jumlah setelah ditolak caj perkhidmatan yang dikenakan oleh bank Goldman Sachs.
"Sebagai CFO, tujuan utama kutipan dana sebanyak US$3 bilion dibuat adalah untuk usaha sama ADMIC namun memandangkan dana tersebut telah digunakan bagi tujuan lain seawal 24 jam selepas dana diterima, saya percaya usaha sama ADMIC tersebut adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan bagi memastikan bon dapat diterbitkan secara sah," katanya.
Azmi juga berkata bon itu langsung tidak digunakan untuk tujuan hartanah dan pembangunan Bandar Malaysia.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/ Bernama
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.