awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2024
10:07 MYT
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Saiful Edris, dalam satu kenyataan media hari ini, memaklumkan perkara itu juga telah diperjelaskan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar fail
KUANTAN: Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur serta Afidavit Datuk Mohd Nizar Mohammad Najib.
Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin, dalam satu kenyataan media hari ini, memaklumkan perkara itu juga telah diperjelaskan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut beliau, keputusan itu diambil berdasarkan nasihat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pihaknya bagi menghormati prosiding mahkamah.
Tambah Saiful, sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut boleh mengakibatkan 'subjudice' terhadap kes rayuan yang dijadualkan untuk pendengaran di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025 nanti.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan Nizar memfailkan afidavit sebelum perbicaraan Mahkamah Rayuan pada 5 Disember lepas yang mengesahkan Sultan Pahang memberitahunya tentang kewujudan titah tambahan supaya bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi penahanan dalam rumah.
Topic Berkaitan
#Istana Pahang
#Titah Addendum
#Najib Razak
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan