awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: SPRM tidak pernah minta nasihat Kevin Morais mengenai siasatan

Bernama
Bernama
31/03/2016
13:39 MYT
1MDB: SPRM tidak pernah minta nasihat Kevin Morais mengenai siasatan
Mendiang KEvin tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat khas pasukan petugas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mendapatkan nasihat mendiang Datuk Anthony Kevin Morais berhubung siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata Morais dipindahkan daripada SPRM pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan 1MDB bermula dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat khas pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
"Oleh itu, Kevin (Morais) tidak boleh dan tidak terlibat dalam menyediakan sebarang kertas pertuduhan berkaitan dengan 1MDB atau Perdana Menteri.
"Sebarang kenyataan yang bercanggah adalah palsu sama sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abu Kassim berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki telah mengesahkan kepada umum masing-masing pada September dan Disember tahun lepas bahawa Morais tidak pernah terlibat dalam siasatan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri.
"Kematian Kevin (Morais) adalah tragedi. Beliau harus dibenarkan untuk bersemadi dengan tenang dan tidak digunakan seperti bola sepak politik," katanya.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#Kevin Morais
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#siasatan 1mdb
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan