Skip to main content

Dunia

Amerika bertegas untuk ambil alih uranium diperkaya Iran, kata Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menegaskan hasrat Washington untuk mengambil alih simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran bagi program nuklearnya. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menegaskan hasrat Washington untuk mengambil alih simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran bagi program nuklearnya. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menegaskan hasrat Washington untuk mengambil alih simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran bagi program nuklearnya.

Menurut Trump, langkah itu penting bagi memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.

“Kami akan pastikan mereka tidak mempunyai senjata nuklear atau kami terpaksa mengambil tindakan yang sangat drastik. Saya percaya rakyat Amerika akan bersetuju bahawa kita tidak boleh membenarkan Iran memiliki senjata nuklear,” katanya kepada media di White House.

Advertisement

Ditanya sama ada Iran boleh mengekalkan simpanan uranium diperkaya tinggi, Trump menjawab dengan tegas bahawa Amerika Syarikat tidak akan membenarkannya.

“Tidak, kami akan ambilnya. Kami tidak memerlukannya, kami tidak mahukannya, dan kemungkinan besar kami akan memusnahkannya selepas itu. Tetapi kami tidak akan benarkan mereka memilikinya,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, laporan media menyebut Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, tidak akan membenarkan uranium negara itu dihantar ke luar.  - Agensi


 

Must Watch Video

Advertisement