Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melaksanakan semakan sebelum menyertai usaha sama (JV) bernilai US$6 juta dengan sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Aabar Investment PJS merupakan subsidiari sebenar IPIC sementara Aabar BVI adalah syarikat yang diperbadankan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Lo serta rakan sekutunya di British Virgin Islands dan dibubarkan pada Jun 2015.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata bagaimanapun beliau tidak mengambil tindakan sendiri untuk mengesahkan sama ada dua “Aabar” itu adalah satu syarikat yang sama dan hanya menerima kata-kata Jho Low.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Muhammad Shafee: … tetapi anda akan menyertai JV bernilai US$6 juta dengan syarikat ini?
Shahrol Azral: Pada ketika itu, kami (Lembaga Pengarah 1MDB) tidak mempunyai sebab untuk meraguinya. Jika dilihat kembali, saya setuju adalah sepatutnya berbuat demikian.
Muhammad Shafee: Anda bersetuju dengan saya, pasukan (penasihat kewangan) Goldman Sachs yang diketuai oleh Tim Leissner sepatutnya melaksanakan semakan ke atas kedua-dua Aabar?
Shahrol Azral: Jika ada yang tidak kena, kami jangkakan Goldman Sachs, selaku penasihat kewangan berbayar, akan beritahu kami.
Tahun lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat melarang Leissner daripada terbabit dalam industri sekuriti apabila dia mengaku bersalah terhadap dakwaan konspirasi rasuah dan pengubahan wang berkaitan 1MDB serta dijadualkan dijatuhi hukuman di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York tidak lama lagi.
Sementara itu, saksi tersebut juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa memandangkan 1MDB tidak melakukan semakan kerana percaya akan kata-kata Jho Low, mereka menjangka tindakan tersebut akan diambil oleh Goldman Sachs.
Disoal lanjut oleh Muhammad Shafee, Shahrol Azral berkata beliau tidak terkejut apabila IPIC menafikan sebarang kaitan dengan Aabar BVI pada 2016.
“Saya mendengar pendedahan mengenai 1MDB daripada media pada 2015. Jangan salah faham, tetapi dari segi emosi, saya terpempan selepas mendengar laporan bagaimana mereka (1MDB) membelanjakan wang itu … justeru, saya tidak terperanjat dan hanya serahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Muhammad Shafee kemudian membangkitkan perincian seperti perbezaan kepala surat dan tandatangan pada dokumen yang diserahkan oleh Aabar BVI kepada 1MDB, Shahrol Azral menjawab, baik beliau mahupun pengurusan 1MDB tidak perasan akan hal tersebut ketika itu.
Muhammad Shafee: Jadi, tiada sesiapa pun dalam pengurusan 1MDB membangkitkan isu ini (perbezaan tersebut) kepada anda?
Shahrol Azral: Tidak ada.
Muhammad Shafee: (Jika) Seluruh pasukan pengurusan 1MDB tidak nampak perbezaan-perbezaan itu, anda tidak boleh menyangka perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) akan perasan?
Shahrol Azral: Tiada komen.
Untuk rekod, dilaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara melaporkan 1MDB telah membayar RM4.24 bilion kepada Aabar BVI pada 2012 sebagai deposit sekuriti.
Sepanjang prosiding hari ini, Muhammad Shafee yang merujuk Aabar Investment PJS sebagai “big Aabar" (Aabar besar) dan Aabar BVI sebagai “small Aabar” (Aabar kecil), berkata pengurusan 1MDB sekali lagi terjatuh ke dalam “cobra pits” (sarang ular tedung).
Muhammad Shafee: Anda perasan yang kita bergerak melalui banyak sarang ular tedung … 1MDB ini pastinya diuruskan oleh sekumpulan orang bodoh yang sanggup meredah sarang-sarang ular ini.
Shahrol Azral: Saya tidak mahu ulas mengenai perkara itu.
Selepas rehat tengah hari, seorang lagi peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mengemukakan kepada saksi minit mesyuarat pemegang saham yang ditandatangani Najib sebagai wakil Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) yang disertakan lampiran terma dan syarat berkaitan penjualan tanah membabitkan pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (kini dikenali TRX) di antara Aabar BVI dan 1MDB.
Shahrol Azral berkata beliau tidak tahu jika Najib melihat minit itu bersama-sama lampiran dan beliau juga tidak bertindak memaklumkan kepada Najib sebelum melaksanakan arahan dokumen berkenaan.
Wan Aizuddin: Adakah anda tahu sama ada ini (minit mesyuarat pemegang saham bersama lampiran) ditunjukkan kepada Najib?
Shahrol Azral: Saya tidak tahu.
Wan Aizuddin: Melihatkan pada kandungannya, adakah anda bersetuju, berdasarkan pada muka depan dokumen, tanggapannya ialah usaha sama itu adalah di antara 1MDB dan Aabar yang sebenar?
Shahrol Azral: Ya.
Wan Aizuddin: Bagi yang tidak arif, apabila anda melihat 1MDB dan Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI), seseorang yang tidak dimaklumkan mengenai keganjilan yang ada, akan menerimanya sebagai yang sebenar?
Shahrol Azral: Ya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020
Shahrol berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd. Gambar fail/ Bernama
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.